Friday, September 27, 2013

Durian belanda rawat kanser

Pokok Durian Belanda merupakan pokok yang berasal dari hutan tropika Carribean Amerika Selatan yang kini telah ditanam di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia. Di Indonesia, ia dikenali sebagai Sirsak (dari Bahasa Belanda zuurzak). Pokok durian Belanda biasanya tumbuh di aras laut sehingga montane bawah.Buahnya boleh dimakan dan mempunyai duri yang lembut, tidak berbau. Isinya memiliki banyak biji, dan sering juga dibuat jus, sorbet dan sebagainya.
Durian belanda atau nama botaninya Annona muricata L daripada famili Annonaceae dipercayai berasal dari Amerika Selatan.

  • Hidup subur di atas tanah jenis lom liat berpasir, pH tanah antara lima hing­ga tujuh dan bersaliran baik. 
  • Ia jenis tanaman bermusim dengan kemuncak pengeluaran pada November, Disember dan Januari. 
  • Negara pengeluar utama ialah Filipina, Indonesia, Malaysia dan Vietnam.





  • Kawasan tanaman utama di Malaysia ialah Perlis, Johor, Pahang, Perak dan Sabah.
  • Durian belanda me­ngandungi fosforus, kalsium, vitamin B dan C yang baik untuk rawatan demam panas dan bengkak hati. 
  • Kebiasaannya dimakan segar dan dibuat jus minuman. 
  • Durian belanda mempu­nyai saiz sederhana besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih dan rasanya masam-masam manis. 
  • Ia biasanya dimakan segar ataupun boleh diproses untuk dijadikan jus. 
  • Jarak tanaman yang di­syorkan di ladang adalah 6 meter x 6 meter dengan menggunakan sistem segi empat sama. 
  • Ia boleh dibiak menggunakan biji benih atau kaedah pembiakan tut atau pembiakan secara aseks. 
  • Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya jarang dan tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasa­ngan inginkan zuriat. 
  • Dari segi perubatan moden, kajian mendapati, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf. 
  • Durian belanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese, sukrosa, reticuline dan tannin. 
  • Durian belanda perlu di­kendalikan dengan sebaik­nya bermula daripada amalan ladang, pengendalian lepas tuai hingga ke peringkat pemasaran. 
  • Penuaian dilakukan apabila buah mencapai kematangan optimum yang kebiasaannya dua hingga tiga bulan selepas berbunga dan akan masak dua hingga tiga hari selepas dipetik. 
  • Durian belanda yang disimpan pada suhu 15 darjah celsius dengan kadar kelembapan relatif 85 hing­ga 95 peratus boleh mengekalkan kualiti dan memanjangkan jangka hayat sehingga satu hingga dua minggu. 
  • Penguatkuasaan Peraturan (Penggredan, Pembung­kusan dan Pelabelan hasil keluaran pertanian) 2008 atau GPL oleh FAMA adalah untuk memastikan semua keluaran pertanian perlu digred, dibungkus dan dilabel sebelum dipasarkan. 
  • Objektif peraturan ialah untuk memastikan semua hasil berkualiti dan selamat dimakan. 
  • Dikelaskan kepada tiga gred bergantung kepada spesifikasi dan kelonggaran merangkumi Premium, Gred 1 dan Gred 2. 
  • Spesifikasi untuk Gred Premium adalah ia hendaklah daripada varieti yang sama, segar dan bersih, mempunyai saiz dan kematangan seragam. 
  • Selain itu ia juga hendaklah bebas daripada kecacatan atau kerosakan. 
  • Gred 1 pula hendaklah daripada varieti sama, segar dan bersih, mempu­nyai saiz dan kematangan seragam serta hendaklah hampir bebas daripada kecacatan atau kerosakan. 
  • Gred 2, ia hendaklah daripada varieti sama, segar dan bersih, mempunyai saiz dan kematangan seragam dan agak bebas daripada kecacatan atau kerosakan.


Durian Belanda Penawar Kanser, 10,000 X lebih kuat daripada Terapi Kemo?



Durian belanda (bahasa Inggeris Soursop, tulisan Cina Tradisional 紅毛榴蓮, Soursap, Guanábana, Graviola, Zuurzak, Coração-da-Índia, Guyabano or Corossol ) atau nama saintifiknya Annona muricata L
Pokok Durian Belanda merupakan pokok yang berasal dari hutan tropika Carribean Amerika Selatanyang kini telah ditanam di Asia Tenggara termasukMalaysia dan Indonesia di mana ia dikenali sebagai Sirsak (dari Bahasa Belanda zuurzak). Ia biasanya tumbuh di aras laut sehingga montane bawah.
Buahnya boleh dimakan dan mempunyai duri yang lembut, tidak berbau. Isinya terdapat banyak biji, dan sering juga dibuat jus, sorbet dan sebagainya.
Durian Belanda adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo menurut satu kajian tertutup oleh pengusaha ubatan dunia. Saya pernah mendengar petua orang tua-tua mengenai penggunaan durian belanda dalam pengubatan kanser (lebih tepat lagi kanser payu dara), walau bagaimana pun ia tidak begitu jelas dan petua ini juga tidak disebarkan dengan meluas.
Khasiatnya dalam pengubatan kanser telah dibuktikan menerusi kajian tertutup yang dinyatakan tadi kerana pengusaha farmasi tamak yang mahu mengkomersialkan tetapi mereka gagal untuk mempatentkan kerana “Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.”
Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
Rahsia penyelidikan semula ini didedahkan oleh Institut Sains Kesihatan Amerika, mendapati pokok dan buahnya berupaya
1.      Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
2.      Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
3.      Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
4.      Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.


Ia juga telah diuji oleh sebuah pengusaha farmasi terbesar di Amerika di lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :
1.      Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
2.      Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
3.      Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.
Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban durian belanda, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. durian belanda terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu durian belanda mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.
Sejak 1976, durian belanda telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.
Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam durian belanda, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!
Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun durian belanda mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.


Antara Khasiat Durian Belanda
Masalah Kesihatan / Penyakit di bawah boleh mengambil Durian Belanda sebagai perubatan.
·                     Demam
·                     Gastrik
·                     Jerawat
·                     Kebas
·                     Kencing Manis
·                     Kulit Berminyak
·                     Kulit Kering
·                     Masalah buang air besar
·                     Masalah buang air kecil
·                     Sakit Sendi
·                     Tekanan Darah Tinggi


·                     Ulser Mulut


RAWATAN ALTERNATIF

Buah durian belanda atau nama sainifiknya annona muricata mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden. Bahagian akar, kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis.Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak.
Khasiat Lain dan petua2 seluruh dunia
Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong. Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing.

Sementara penduduk Amazon menggunakan akar, kulit, dan daunnya untuk mengobati kencing manis.

Begitu juga suku asli Guyana membuat serbuk teh dari daun dan kulit pokoknya dijadikan tonik minuman untuk mengatasi masalah jantung dan penyakit hati.

Mereka juga mendapatkan minyak dari daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan minyak zaitun untuk luaran mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh.

Di Jamaica, Haiti, dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai obat demam, membunuh cacing di perut anak-anak, dan obat diare.

Kulitnya juga dipercaya dapat mengobati penyakit jantung dan batuk, di samping membantumengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagaiobat malaria.

Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita suku asli Guyana digalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu, di samping menghindari ketegangan.

Dari segi pengobatan modern, kajian menemukan bahwa bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda bisa digunakan sebagai akti-bakteria, anti-kanser, anti-tumor, astrigen, dan penyakit saraf. Durian belanda mengandung bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese, sukrosa, reticuline, dan tannin.
Nilai Pemakanan

Buah tinggi kandungan karbohidrat, terutamanya fruktosa. Buah ini juga mengandungi sejumlah besar vitamin C, B1, dan B2.
Kesan Sampingan

Kajian yang dilakukan di Caribbean telah menyarankan hubungan antara pengambilan durian belanda dan bentuk-bentuk atypical penyakit Parkinson kerana kandungan annonacin yang sangat tinggi.

~ Sekadar berkongsi, dari pelbagai sumber ~
Rujukan



Pembelian Anak Pokok Durian Belanda
Bagi anda yang sukar untuk mendapatkan anak poko (benih) durian belanda, kami boleh membekalkannya kepada anda:

Sila hubungi:


Zamri Hassan

H/P: 0124140517/0194624900

Berikut adalah senarai harga termasuk pos (Pengambilan Sendiri). 

A) 
Sepokok ketinggian 250 cm Durian Belanda ; RM25 

B)
 3 pokok ketinggian 250 cm Durian Belanda; RM50 

C)
 10 pokok ketinggian 250 cm Durian Belanda; RM150


Email: my.ultimateprofits@gmail.com
 

Search Engine MarketingSubmit Express